CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, March 25, 2011

mengantuk tahap gaban..

hari nie mengantuk tahap gaban........balik bandar kul 4.30am pas tu ayah plak kejut kul 10 suh hantar die gi keje...alamak ai lebam habis mata aku......mlm tadi gi karaoke sampai kul 4pagi @ apple karaoke....hilang abis suara karaoke punye pasal.....pagi nie sepatutnye aku kena gi kemaman....tpi aku kena tinggal sebab tak tersedar dari tido,padahal dh berjanji ngan genk2 giat mara,adus mesti dorang bengang kt aku....hehehehe,dah aku tak sedar nk wat mcm mane kn?jap lagi kul 1 alu nk kuar bandar jap,adus,mata ngantuk bangat nie.....pas tu nk gi balok plak jupe kakak jap nk ambik duit..hahahah,bayar moto,banyak plak keje ari nie....dh la panas terik..petang kang kena i ambik ayah plak...terkejar2 la aku hari nie...huh...

Tuesday, March 22, 2011

demam selsema melanda...!!!

adoyai,,,demam selsema melanda....!!!!ari nie dah start demam...batuk-batuk....selsema.....mulut xmampu merasa nikmat makanan.....adusss.....seksa jiwa dan raga ku....huhuhu plak tu aku nie xbiasa makan ubat....kompom lam 1minggu lebih gak aku demam nie...tak pn 1bulan....wahhhh....!!!rase tak best la...makan tak dapat rasa,minum tak dapat rasa..adus...nk bernafas pn seksa....ya allah...cepat kn la sembuh demam ku nie...amin.....badan pn letih..tryning projek 3G tadi tak menjadi,tensyen giler r...susah nak mampus,tengok mcm senang jew...padahl susah giler.....ape2 pn aku kena usaha gak...masa semakin singkat untuk aku belajar...aku kena blajar betol2...yeeeaaaaahhhhh....!!!!!

Saturday, March 19, 2011

DIRATAH TIGA RAKAN
KUANTAN – Seorang remaja cuba
mencederakan diri dengan mengelar
pergelangannya menggunakan kaca kerana
kecewa akibat diperkosa bergilir-gilir tiga
rakan lelaki yang dikenali.
Remaja yang tidak bersekolah itu dikatakan
pulang ke rumah selepas kejadian ngeri itu
tetapi bertindak mencederakan diri selepas
tersedar dari tidur.
Tindakan remaja itu disedari bapa
saudaranya yang kemudian membuat
laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah
(IPD) Rompin, kelmarin.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah,
Superintendan Mohd Haris Daud berkata,
remaja berusia 15 tahun itu dirogol di
sebuah pondok usang dalam ladang kelapa
sawit, Kota Bahagia, Rompin.
Beliau berkata, kejadian berlaku kira-kira
jam 6.30 petang selepas mangsa bersama
tiga rakan lelakinya meminum minuman
keras Thai Song.
“Selepas meminum minuman keras itu, tiga
lelaki berkenaan mabuk dan merogol remaja
itu secara bergilir-gilir, ” katanya ketika
ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK)
di sini, semalam.
Katanya, bertindak atas laporan bapa
saudara remaja berkenaan, sepasukan Unit
Forensik melakukan siasatan dan mendapati
ada tompokan air mani dan beberapa
puntung rokok di tempat kejadian.
“Polis menahan tiga suspek berusia 17
tahun ditahan reman untuk siasatan lanjut,”
katanya.
Sementara itu, dalam satu kejadian lain,
Mohd Haris memberitahu, polis menahan
dua lelaki berusia 18 tahun kerana disyaki
merogol gadis berusia 16 tahun di Pantai
Air Leleh, Pekan.
Hasil siasatan, gadis itu sebelum ini
mendakwa melakukan hubungan seks
bersama beberapa lelaki mengandung 13
minggu.
“Semua lelaki terbabit kini ditahan reman
dan akan menerima hukuman di bawah
Seksyen 376 Kanun Keseksaan jika sabit
kesalahan, ” katanya.

Wednesday, March 16, 2011

@jengka

sekarang kat jengka.....badan letih yang teramat sangat.......rase mcm nak pitam....doh r bawak moto bawak beg besor....nok patoh pinggang....adoi..mata dh mula rase lain macam....kes tak cukup tido...ya allah..letih sungguh...sampai rumah atok jew bersyukur sangat selamat sampai...tapi ade sesuatu perkara yang buat aku letih...nak layan budak kecik yang sangat ramai dan tersangat buas.....ya ampun dasyat sangat buas nye....ngan bising nye...ngan letihnye....xlarat doh...nak baring2 pn segan,ramai sangat orang....huh ade aku tido lam kereta kakak aku kang....hahahahah...sekarang aku nak rehat kan badan yang letih nie....nak cari port tido....ngeh,ngeh,ngeh

Sunday, March 13, 2011

ELEKTROD

Elektrod adalah merupakan salah satu
elemen penting di dalam sesuatu proses
kimpalan. Ianya dawai logam yang
mempunyai kandungan yang sama dengan
kandungan logam yang hendak dikimpal.
Elektrod terbahagi kepada dua jenis yang
utama iaitu jenis yang bersalut dan tidak
bersalut. Elektrod telah digunakan sejak
beberapa lama dahulu (1800) dan telah
melalui banyak proses pembangunan dan
pembaikan sehinggalah seperti yang kita
dapati pada hari ini. Elektrod digunakan
sebagai pengalir elektrik kepada arka dan
membekalkan logam yang sesuai untuk
penyambungan. Salutan yang terdapat pada
elektrod jenis bersalut adalah secara
umumnya untuk memperbaiki keadaan atau
sifat-sifat fizikal, mekanikal dan kimia
sesuatu sambungan. Secara khususnya,
fungsi sesuatu salutan pada elektrod
antaranya adalah seperti berikut ;
1) Memberikan medan pelindung semasa
kimpalan.
2) Menyebabkan berlakunya kumai yang
mempunyai ciri-ciri yang sesuai untuk
melindungi logam yang lebur.
3) Menstabilkan arka.
4) Menambahkan elemen aloi logam pada
logam kimpalan.
5) Mengurangkan percikan logam kimpalan.
6) Meningkatkan kecekapan dan peleburan
logam.
7) Mengeluarkan oksida dan kotoran.
8) Mempengaruhi kedalaman penembusan
arka.
9) Mempengaruhi bentuk kimpalan yang
terjadi.
10)Melambatkan kadar penyejukan kimpalan di
mana ini akan mengelakkan berlaku
kerosakan pada sifat-sifat mekanikal seperti
berlaku retak atau bersifat rapuh.
Pemilihan terhadap sesuatu elektrod
mestilah berdasarkan kepada keupayaannya
menghasilkan sambungan yang optima
pada harga yang paling ekonomik.
Beberapa aspek penting seperti berikut
hendaklah diambil kira iaitu ;
komposisi logam
sifat-sifat mekanikal yang diperlukan
arus terus atau arus ulang alik
kedudukan kimpalan
tebal logam ibu
jenis sambungan
haba masukan

Letih Giler Badan

waduh,waduh,waduh.....letih amat badan aku nie........tdi tolong kat tempat kenduri.....pas tu di tambah plak tido tak cukup....hari nie tdo hanya 2jam jew......lepak tengok movie ngan member2,abis tengok movie pukul 3.30...leoas abis tengok movie di sambung plak layan PS(play station) kat umah putera ibanez.....abis main PS pukul 6.30pagi....dah la tdo kul 6.30pagi....bangun plak pukul 9.30pagi...lebam abis mata nih.......rasa nak pingsan jew.......tpi prasaan letih tu hilang jap sebab ada acara main simbah2 air selepas abis jew kenduri...memang seronok sangat......sampai ngan bapak2 aku pn kena simbah air...hahahahahah......memang kelakar r tengok ade orang kena campak dalam kolam....skali ngan aku pn terjunam skali lam kolam tu..........hahahahahahahah...ape2 pn hari nie hari paling letih giler r....

Saturday, March 12, 2011

NOTA KIMPALAN ARKA

Pengetahuan mengenai
prinsip-prinsip asas proses
kimpalan,termasuk fenomena
fizikalnya dikenali sebagai
teknologi kimpalan. Ternologi
kimpalan ini,meliputi
pengetahuan mengenai fungsi
unit kimpalan dan
rekabentuk,dan juga
kelebihanya apabila
digunakan untuk pelbagai
jenis struktur dan logam.
Pengetahuan dan pengalaman
juga perlu bagaimana
memriksa kimpal yang telah
dihasilkan. Memeriksa dan
menguji kimpal penting untuk
memastikan bahawa kimpal
yang dibuat selamat
digunakan. Ini bagi
mengelakkan kemalangan
ngeri yang boleh terjadi akibat
kelalaian manusia.
Kimpalan ialah mencatum dua
cebisan logam sama ada
dengan melebur atau tidak
melebur dan menggunakan
haba hingga logam itu mula
melebur. Kimpalan
menggunakan haba hingga
melebihi takat suhu leburnya
dan logam itu melebur disebut
kimpalan lebur.
Kimpalan yang tidak melebihi
takat suhu lebur,tetapi
menghampirinya hingga logam
itu mula berfungsi sebagai
‘plastik’ disebut kimpalan
tidak lebur.
Kimpalan Lebur
Kimpalan arka elektrik
Kimpalan arka logam secara
insani
Kimpalan arka karbon
Kimpalan gas lengai tungsten
Kimpalan gas lengai logam
Kimpalan arka tenggelam
Kimpalan jermang-elektro
Kimpalan Tidak Lebur
Kimpalan rintangan
Kimpalan bintik
Kimpalan kelim
Kimpalan unjuran
Kimpalan tempa
Kimpalan tekanan
Kimpalan tekanan sejuk
Kimpalan Arka
Kimpalan arka elektrik
dijalankan secara mengalirkan
tenaga elektrik daripada
elektrod ke atas logam asas
dan menukarkan tenaga
elektrik ini kepada tenaga
haba yang tinggi. Tenaga baba
ini digunakan untuk melebur
logarn elektrod, logam
tambahan atau logam
penyambung yang akhirnya
menghasilkan satu sambungan
kimpal. Pada asasnya, banyak
tenaga elektrik diperlukan
untuk mencapai suhu tertentu
bagi melebur logam dalam
jangka masa yang pendek.
Bekalan tenaga elektrik
daripada TNB tidak sesuai
digunakan bagi kerja-kerja
kimpalan dan tidak
mendatangkan kesan.
Sebaliknya penggunaan
bekalan ini akan
membahayakan. Kadangkala
kita menggunakan pengubah
tenaga untuk mengubah
bekalan tenaga elektrik ini
kepada arus elektrik yang
sesuai bagi kegunaan dalam
amalan kimpalan. Berikut
ialah dua jenis anus elektrik
yang biasa digunakan dalam
kerja-kerja kimpalan.
· Arus ulangalik (a.u.). Sejenis
arus yang mengubah arah
pengalirannya beberapa kali
dalam satu saat. Arus
ulangalik yang biasa
digunakan akan mengubah
kekuatan dan arahnya 120 kali
dalam masa satu saat atau
membuat satu pergerakan
ulangalik dalam masa 1/60
scat. Frekuensi arus ini
dikatakan bernilai 60 hertz.
Dengan perkataan lain arus
ulangalik yang mempunyai
frekuensi 60 hertz akan
mengubah kekuatan dan
arahnya 60 kali bagi setiap
saat.
· Arus terns (a.t.). Sejenis arus
yang mempunyai arch
pengaliran yang tetap. Arah
arus terns hanya boleh diubah
dengan menukar sambungan
kabel yang digunakan.
Arus Elektrik
Arus elektrik mengalir
daripada satu tekanan tinggi
kepada tekanan rendah
melalui litar atau dawai
kerana wujudnya perbezaan
daya. Daya yang
menyebabkan arus ini
mengalir disebut daya gerak
elektrik. Unit bagi daya gerak
elektrik ialah volt. Hujung
yang mempunyai daya gerak
elektrik yang tinggi dikatakan
hujung negatif dan hujung satu
lagi yang mempunyai daya
gerak elektrik rendah ialah
hujung positif. Ini bermakna
aliran arus elektrik melalui
litar bermula daripada hujung
negatif ke hujung positif. Unit
bagi mengukur arus elektrik
ialah ampere.
Rintangan
Apabila arus elektrik mengalir
di dalam sesuatu pengalir,
arus ini akan menghadapi
rintangan pada keseluruhan
laluannya. Rintangan itu
berubah mengikut jenis bahan
yang digunakan. Unit
rintangan ialah Ohm. Bahan
tembaga memberi rintangan
yang rendah terhadap aliran
arus. Itulah sebabnya pengalir
tembaga digunakan secara
meluas. Sebaliknya bahan-
bahan yang merintang aliran
elektrik disebut penebat. Di
antara bahan-bahan penebat
utama ialah kertas,getah,dan
minyak. Getah biasanya
digunakan untuk menebat
aliran elektrik sepanjang
laluanya.
Prinsip-Prinsip Kimpalan Arka
Suatu arka elektrik terjadi
apabila arus elektrik mengalir
daripada suatu hujung
elektrod ke permukaan logam
yang hendak dikimpal.
Keadaan ini berlaku apabila
elektrod yang membawa arus
itu bersentuhan dengan logam
yang hendak dikimpal serta
terdapat voltan di antaranya.
Kejadian itu menghasilkan
haba yang tinggi di tempat
sentuhan clan akibatnya
sebahagian logam asas dan
hujung elektrod terlebur.
Peleburan hujung elektrod
menyebabkan pembentukan
bebola-bebola halus logam
yang dipindahkan ke dalam
lopak di atas logam asas
melalui arka berlaku. Ini
disebut pemindahan logam.
Kadangkala cecair logam
yang terjadi dilindungi oleh
gas-gas lindungan yang
terhasil daripada peleburan
salutan kimia elektrod. Cecair
logam juga kadangkala
dilindungi oleh satu lapisan
jermang yang dihasilkan
daripada pembakaran salutan
elektrod.
Kelengkapan dan Aksesori
Keperluan asas bagi
menjalankan sesuatu
kimpalan arka ialah bekalan
elektrik dengan voltan dan
arus yang sesuai. Voltan yang
diperlukan ialah di antara
20-100 volt manakala arus
yang sesuai ialah di antara
100-1000 ampere. Oleh itu
jelas di sini bahawa bekalan
elektrik daripada TNB tidak
sesuai dan tidak selamat
digunakan untuk kerja-kerja
kimpalan kerana terlalu
tinggi. Terdapat dua jenis
mesin kimpalan arka. Iaitu:
a) Mesin yang memberi arus
terus.
b) Mesin yang memberi arus
ulang alik.
Mesin Kimpalan Arus Terus
Terdapat dua cara bagi
mendapatkan arus terus yang
digunakan dalam mesin
kimpalan jenis ini iaitu melalui
set penjana dan alat kimpalan
penerus.
Kebaikan Keburukan
(a) Boleh digunakan untuk
mengenakan kedua-dua
elektrod teras dan bukan
teras.
(b) Menghasilkan kimpalan
yang lebih licin dan ini
berguna untuk mengimpal
logam kepingan nipis.
(c) Lebih selamat
digunakan.
(a) Harganya lebih mahal.
(b) Perlu dijalankan
penyelengga raan berkala ke
atas jenis kilang penjana
kerana terdapat bahagian-
bahagian yang bergerak.
c) Gangguan-gangguan
daripada
'tiupan arka'.
Mesin Kimpalan Arus
Ulangalik
Bekalan arus ulangalik untuk
kerjakerja kimpalan didapati
daripada sebuah pengubah
perendah. Di sini bekalan
elektrik utama dengan
kekuatan 230-250 volt
diturunkan kepada suatu nilai
yang kurang daripada 100 volt
oleh alat pengubah. Pengubah
ini mempunyai pengatur
kawalan arus yang
membolehkan operator
memilih nilai arus yang sesuai
setanding dengan saiz
elektrod yang digunakan. Dari
segi kecekapan dan
kemudahan, peralatan arus
ulangalik adalah unggul.
Berikut disenaraikan beberapa
kebaikan menggunakan mesin
kimpalan arus ulangalik:
(a) Harganya lebih murah.
(b) Sedikit penyelenggaraan
diperlukan atau mungkin tidak
diperlukan langsung. Ini
adalah kerana tidak ada
bahagian-bahagian yang
bergerak dalam pengubah.
(c) Tidak berlaku 'tiupan
arka'.
(d) Boleh digunakan di
sebarang tempat.
Peralatan tambahan bagi
kimpalan arka
Bagi kimpalan arka elektrik
manual peralatan tambahan
yang selalu digunakan adalah
seperti yang ditunjukkan pada
Rajah 15.4.
Berikut ialah beberapa
peralatan tambahan penting
bagi kegunaan pekerjapekerja
kimpalan.
· Pemegang elektrod.
· Kabel atau wayar kimpalan.
· Kabel bumi.
· Pelindung muka.
· Sarung Tangan.
· Pelindung lengan.
· Apron kulit.
· Tuluk serpihan.
· Berus
· Penyepit
Keselamatan
Bahaya-bahaya yang mungkin
ditemui dalam kerja-kerja
kimpalan arka ialah daripada
sinaran arka, percikan logam
lebur, gas-gas dan haba yang
terhasil serta risiko renjatan
elektrik. Oleh itu, kita
mestilah sentiasa berhati-hati
apabila menjalankan kimpalan
arka untuk mengelakkan
daripada berlakunya
kemalangan.
Untuk mengelakkan
kemalangan akibat daripada
sinaran arka dan percikan
logam lebur, pengimpal
mestilah melindungi kulitnya
pada bahagian muka, mata,
tangan, lengan, kaki dan
badan dengan cara memakai
pakaian yang sesuai dan
selamat. Sewaktu
menjalankan kerja kimpalan,
pastikan pekerjapekerja lain
yang ada berhampiran dengan
tempat kerja itu memakai
adangan yang cukup dan baik.
Sebelum memulakan sesuatu
kerja kimpalan, pastikan
kesemua sambungan elektrik
berada dalam keadaan
sempurna clan mempunyai
pembumian elektrik yang
baik. Perlu diingat, penting
bagi hujung kabel daripada set
kimpalan itu dibumikan
melalui satu terminal atau
pembumian yang betul. Ini
untuk mengelakkan
berlakunya pembumian
melalui pengimpaL Jika
terminal bumi ini tersalah
sambung, maka kemungkinan
akan berlaku kejadian
renjatan elektrik.
Pakaian Keselamatan Ketika
Mengimpal Arka
Untuk mendapatkan
perlindungan yang lebih
berkesan,pakaian seperti
rajah di atas digalakkan.
Pakaian kerja atau apron yang
kemas boleh juga digunakan.
Kasut yang bertapak nipis
atau kasut getah kurang
sesuai.
Benda-benda tajam atau
kepingan-kepingan logam
yang tajam boleh menembusi
tapak kasut dan menyebabkan
kecederaan . kasut yang
tahan lasak atau kasut
keselamatan (kasut
perusahaan) patut di pakai.
Pakaian perlindungan kulit
atau apron kulit harus
digunakan semasa membuat
kerja-kerja kimpalan.
Bagi pengawasan keselamatan
tambahan,pelajar atau pelatih
juga diminta mengulungkan
lengan baju dan
menanggalkan gelang,jam
tangan,cincin dan
memasukkan tali leher ke
dalam baju sebelum membuat
kerja amali. Langkah-langkah
ini dapat mengelakkan benda-
benda yang longgar termasuk
atau tersangkut kepada
bahagian-bahagian mesin yang
sedang bergerak.

Thursday, March 10, 2011

Hujan oh Hujan

alamak ai..dh 3hari hujan..asal pagi jew hujan..asal hujan jew pagi..asal hujan mesti xgi klass..asal xgi klass jew hujan..adoyai..k0mp0m dapat surat warning...nape la hujan pagi2..nk gi klass pn susah..dugaan..lau aku ade kreta ok gk..nie nk harapkan tenggiling besi haku 2..dah la atap xdek..hahahaha..tpi xpe la..tenggiling besi aku 2 la harta yang aku ade..n harta paling aku sayang..huh..ape2 pn hujan 2 1 rahmat dari ALLAH S.W.T...aku brsyukur keatas rahmat mu....sbb lama dh brpanas..teng0k langit masih lg gelap...nk hujan lg k0t..hemm..tpi harap2 rabu minggu depan xhujan la sbb nak gi jengka..huhu

Wednesday, March 9, 2011

DERITA HATI

DERITA HATI xdpt diterangkan melalui kata2...dalam hati sayang..tpi diri nie takot benda yang lama trjadi lagi..dirimu xserik ngan kesilapan lama...sikap mu cukup buat aku serik untuk terima mu kembali...tpi tak dpat dinafikan lagi hati nie masih menyimpan prasaan sayang yang sngat tebal...sayang..kau terus kan la hidup mu tampa ku..aku pasti kau akan bahagia....berjuanglah demi masa depan mu..tiang agama jangan dilupakan...insyaallah hidup mu diterangi cahaya kejayaan...aku mengundur diri melepas kan mu...sem0ga berjaya..

360@TV3

tajuk 360 hari ni ''MAWAR PUDAR WARNA'' mendalam maksud 2..mengisahkan teruknya anak2 melayu di malaysia...SEKS BEBAS..SEKS RAMBANG..aktiviti mcm nie dh jdi KEBIASAAN bgi anak2 muda zaman sekarang...mej0riti terjadinye perkara mcm nie bermula dengan KEJUTAN BUDAYA...KEJUTAN BUDAYA kebiasaannya terjadi kepada PENUNTUT PENGAJIAN TINGGI..IPT dan IPTA..mcm teng0k kt TV3 tadi...dh mengand0ng baru nak nangis ingatkan mak ayah...menyesal k0n0n...kadang2 jadi menyampah teng0k...TERUKNYA BANGSA MELAYU...memalukan,kalau BF 2 syg kamu..dia xkan buat benda xel0k 2 kt GF dia...kalau la dia buat jugak benda xel0k 2 maknanye dia xsyg GF dia 2...ORANG P0MPUAN NIE XLEH PIKIR KEW EK??lau dia buat benda 2..dia yang dapat susah..lau org LELAKi xde ape2 susah pn...lau org p0mpuan nie nk kena tanggung beban t0mahan org...tanggung kandungan ANAK LUAR NIKAH lagi...P0MPUAN MEMANG TAK B0LEH PIKIR SEMUA 2..!!tpi lau yg b0leh pikir 2 bagus la....ingat la wahai kaum WANITA..ingat akan ORANG TUA mu jika mereka dapat tahu yang kamu HAMIL ANAK LUAR NIKAH...bertapa hancurnya harapan mereka..susah payah membesarkan kamu hanya nak melihat kamu jdi insan yg baik dan berjaya..

Tuesday, March 8, 2011

TUKUL,PAHAT DAN PENGULIR SKRU

OBJEKTIF AM

Mengetahui danMemahami perkara-perkara mengenai tukul, pahat dan pengulir skru

OBJEKTIF KHUSUS


# menerangkan jenis-jenis tukul dan kegunaannya

# melakarkan dan menamakan bahagian –bahagian tukul bulat

# mentakrifkan langkah keselamatan semasa menggunakan tukul

# menamakan dan dapat membezakan jenis- jenis sudut mata pahat

# membezakan jenis-jenis pahat dan kegunaannya

# mengenal pengulir luar dan dalam

# menghuraikan terminologi ulir skru

# mengira saiz gerudi untuk mengulir skru

# melakar dan melebelkan berbagai –bagai jenis pengulir luar

# menerangkan langkah keselamatan semasa menggunakan pengulir skru





3.0 TUKUL

Tukul merupakan satu alat tangan yang digunakan dalam bengkel kejuruteraan . Pada amnya tukul boleh dibahagikan kepada dua jenis, tukul besi dan tukul Lembut

3.1 TUKUL BESI

Tukul besi digunakan untuk kerja kerja menggegas dan menanda. Muka dan bongkol kepala tukul di keraskan dan dibaja dengan baik supaya tidak mudah sumbing dan mengembang apabila ditukul. Bahagian keliling lubang dan leher dibiarkan lembut . Batang tukul diperbuat dari kayu hickory,ash atau spotted gum. Berat tukul besi ialah antara .25 kg. hingga 1.5 kg. Untuk kerja-kerja am, tukul seberat 0.5kg hingga 1 kg. digunakan. Tukul yang ringan d gunakan untuk kerja-kerja menanda . Menukul boleh dilakukan dengaan kuasa jentera selain dengan cara biasa, iaitu dengan tangan.


3.2 JENIS-JENIS TUKUL BESI

i. Tukul bongkol bulat
ii. Tukul bongkul lurus
iii.Tukul bongkol tirus


3.2.1 Tukul bongkol bulat

Bongkol kepala tukul ini berbentuk separuh bulat. Bahagian permukaan rata digunakan untuk menatal dan membuat kerja am seperti untuk menukul kepala pahat dan alat-alat menanda . Bongkol bulat pula digunakan untuk meribet.

3.2.2 Tukul bongkol lurus.

Kepala tukul ini searah dengan paksi hulunya. Tukul jenis ini digunakan untuk menukul bahagian –bahagina yang tidak bolih dilakukan oleh tukul kepala bulat.

3.2.3 Tukul bongkol tirus.

Kepala tukul ini bersudut tepat dengan paksinya. Kegunaannya sama dengan tukul bongkol lurus. Kecuali sudut penggunaan nya berbedza. Tukul ini digunakan jika tukul kepala lurus tidak bolih digunakan.


3.3 TUKUL LEMBUT

Tukul lembut digunakan untuk menukul bendakerja yang telah siap supaya permukaan bendakerja itu tidak rosak. Tukul lembut juga terbahagi kepada tiga jenis. Iaitu:

i. Tukul bongkol kulit
ii. Tukul bongkol plastik
iii.Tukul bongkol gangsa


3.3.1 Tukul bongkol Kulit

Tukul ini digunakan keatas logam lembut saperti tembaga atau loyang. Ia tidak akan meninggalkan kesan pada bendakerja. .

3.3.2 Tukul bongkol plastik

pada logam yang biasa digunakan dalam bengkel. Tetapi apabila ia digunakan pada logan yang lebih lembut, hendaklah lebih berhati-hati, supaya tidak meninggalkan kesan.

3.3.3 Tukul bongkol gangsa

Apabila tukul ini di hentak , ia tidak akan melantun saperti kedua-dua jenis tukul diatas. Hentakan yang kuat bolih dilakukan tetapi haruslah berhati-hati terhadap logam yang dihentak adalah logam lembut. Ia digunakan semasa kerja kerja pemasangan.

3.4 Langkah keselamatan semasa menggunakan tukul


i. Pastikan bahawa batang pemegang adalah ketat kepada kepala tukul.
ii. Jangan gunakan tukul jika tangan berminyak
iii. Kawasan kerja mestilah lapang , tidak ada apa-apa menghalang kelancaran untuk menukul.
iv. Pastikan bahawa tidak ada sesiapa pun dibelakang semasa menukul.
v. Gunakan ketukan yang seimbang sekadar dengan keupayaan tenaga sendiri.


3.5 PAHAT

Pahat ditempa mengikut saiz dan bentuk yang tertentu sebagaimana kikir pahat juga merupakan alat tangan yang di perbuat dari keluli bermutu tinggi yang dikeraskan dan di baja. Pahat adalah alat tangan yang digunakan untuk memotong, menatal atau membuang logam. Pahat mestilah digunakan dengan tukul biasa atau tukul peumatik.

3.5.1. Sudut mata pahat :

Apabila hendak memahat sesuatu bahan bahan sudut-sudut yang berikut perlu diberi perhatian supaya kerja tersebut dapaat dilakukan dengan berkesan. Sudutpahat dipegang antara 35% hingga 40%. Jika keluar daripada lingkungan tersebut pemotongan yang tidak sempurna. Sudut pemotongan mata pahat bergantung kepada kekerasan bahan yang hendak dipotong.


LOGAM SUDUT

Keluli 70%
Besi tuanganI 60%
Keluli serderhana 60%-70%
Loyang 45%-60%
Tembaga 45%
Aluminium 30%


3.6. Bahagian-Bahagian Pahat.


3.7 Jenis-jenis pahat

Terdapat empat jenis pahat yang biasa digunakan didalam bengkel kejuruteraan iaitu:

3. . Pahat mata rata

. ii. Pahat mata bulat
iii Pahat mata bentuk intan
. iv. Pahat mata lintang

3.7.1. Pahat mata rata

Pahat ini biasa nya digunakan untuk kerja-kerja am Saiz pahat yang sesuai untuk kerja-kerja am iaitu 25mm lebar dan 200mm panjang sudut mata pahat ini di canai mengikut kekerasan bahan yang hendak dipotong.

3.7.2. Pahat mata melintang

Pahat ini digunakan untuk memotong celah yang tidak dapat dipotong dengan pahat rata, memotong alur-alur pada permukaan yang lebar, memotong alur kunci pada shaft dan takal. Pahat ini berukuran lebih kurang 200mm panjang dan 6-12mm lebar.


3.7.3. Pahat mata bulat

Pahat ini digunakan untuk memotong alur-alur minyak, membetulkan
penjuru bulat pada lubang yang dalam.


3.7.4. Pahat mata bentuk intan

Pahat ini digunakan untuk membetulkan lubang-lubang yang telah teranjak pusatnya semasa hendak mengerudi, memotong penjuru yang tajam. Pahat mata bentuk intan ini bolih digunakan untuk memotong kepingan logam.

3.7.5. Pahat berkepala cendawan

Kepala pahat akan menjadi bercendawan jika ia digunakan selalu. Ini amat merbahaya kerana serpihan dari kepala bercendawan boleh terkena angota badan kita. Oleh itu jika terdapat kepala pahat berbentuk cendawan ianya hendaklah dicanai kebentuk asal.



3.8. Gaya memahat.

Gaya memahat amatlah penting . Pahat hendaklah dipegang dibahagian kepala dan tukul pula hendaklah di pegang dihujung batangnya. Fokuskan mata pada garisan pemotong supaya dapat memahat dengan tepat


3.9. Langkah keselamatan semasa memahat.

i. Jangan mengunakan pahat berkepala cendawan kerana serpihan nya mungkin akan melayang dan mengenai mata
ii. Jangan memegang pahat dengan tangan yang berminyak. Bersihkan tangan daripada minyak sebelum memegang pahat.
iii. Bendakerja yang hendak dipahat hendaklah dipegang dengan kuat pada ragum.
iv. Jangan gunakan pahat yang telah rosak untuk kerja memahat.
v. Pegang pahat hampir dengan kepalanya dengan kuat apabila mengetuk.
vi. Jangan berdiri dihadapan orang yang sedang menjalankan kerja memahat.
vii. Semasa memahat lihat pada tempat yang hendak dipahat .



3.10. PENGULIR DALAM

Pengulir dalam diperbuat daripada keluli berkarbon tinggi atau keluli tahan lasak yang dikeraskan dan dibajakan,dua atau empat lurah dipotong secara memanjang untuk mengizinkan tatal keluar dan lelehan pemotong masuk. Dihujung batang dibuat bersegi untuk membolehkan perengkoh memusingkan pengulir semasa mengulir. Pengulir dalam biasanya diperbuat dalam tiga jenis dalam satu set. Untuk pemotongan sebarang saiz. Pengulir dalam disebut tirus, sedang dan pepat atau tirus, kedua dan palam.


i. Tirus: mempunyai tirus dari 8 hingga 10 ulir skru dan digunakan pada permulaan mengulir. Pengulir memasuki lubang dan memotong sepenohnya.
ii. Sedang: mempunyai 2 atau 3 ulir skru yang ditiruskan dan digunakan selepas mengunakkan pengulir tirus. Sekiranya lubang tembus pengulir ini tidak perlu digunakan kerana mengunakan pengulir tirus sahaja sudah memadai
iii. Pepat: mempunyai ulir hingga kehujung dan pengulir ini hendaklah digunakan sebagai pengulir terakhir apabila ulir skru penoh hendak dipotong hingga kedasar .


3.11. PENGULIR LUAR

Pengulir luar ialah alat yang digunakan untuk memotong ulir skru luar, disatu permukaan pengulir ditandakan saiz jenis ulir skru dan jarak ulir skrunya. Di permukaan ini juga ulir skru ditiruskan sedikit untuk membolehkan pemotongan ulir skru bermula dengan mudah. Adalah sangat musahak pengulir dipasangkan ditempat yang betul didalam tonggak agar permukaan yang tirus dapat memulakan proses mengulir.


3.11. JENIS-JENIS PENGULIR LUAR

i. Pengulir luar padu : Digunakan untuk memotong semula atau membetulkan benang yang rosak. Saiznya tetap dan tidak boleh dilaraskan. Spana yang sesuai boleh digunakanuntuk memusingkan pengulir .

ii. Pengulir luar bulat berbelah boleh laras: mempunya tiga skru pelaras yang membolehkan pelarasan dalam benang yang lebih atau kurang daripada dalam benang piawai. Tonggak pengulir di guanakan untuk memusingkan pengulir itu. Biasa nya digunakan benang saiz kurang daripada 12mm.


iii. Pengulir luar bulat berbelah boleh laras: mempunyai dua amper pengulir untuk tiap-tiap saiz dinomborkan 1 dan 2. Berbagai-bagai pelarasan untuk saiz boleh dibuat . Digunakan untuk memotong ulir skru berdiameter besar.


3.13. LANGKAH-LAGKAH MENGULIR .


i. Pilih pengulir dalam dan perengkohnya yang betul untuk kerja
yang dibuat. Gunakan pengulir dalam tirus untuk permulaan
mengulir.
ii. Masukan pengulir kedalam lubang setegak yang mungkin, tekan
perengkuh kebawah dengan daya tekanan sama pada kedua
pemegangnya, dan pusingkan mengikut arah pusing jam(untuk
ulir skru kanan) lebih kurang dua kali.
iii. Tanggalkan perengkoh dan periksa kepersegian pengulir (90%
dengan bahan kerja) pada dua tempat.
iv. Sekiranya tidak tegak tanggalkan perengkoh dan laraskan kembali
pengulir itu.
v. Apabila pengulir dalam telah mula memotong dan kepersegiannya
telah diperiksa, pusingkan pengulir itu lebih kurang setengah
pusingan dan pusingkan balik kebelakang untuk mematahkan
tatal.
vi. Teruskan mengulir sehingga siap, gunakan pengulir kedua jika
perlu, gunakan lelehan pemotong yang sesuai semasa mengulir
iaitu:


Bahan Jenis leleahan

Keluli, kupram,gangsa Minyak, minyak berlarut
Aluminium Paraffin, minyak berlarut
Loyang, Besi tuangan Kering (tidak perlu lelehan)


i. Apabila memotong ulir skru dilubang sekat(buntu), gunakan ketiga-tiga pengulir mengikut turutan, tirus, sedang, dan akhir sekali gunakan pengulir pepat Sebelum menggunakan pengulir pepat, keluarkan semua tatal dari lubang dan berhati-hati apabila pengulir telah menyentuh dasar lubang, jangan di pusingkan lagi.

ii. Berikan perhatian yang lebih apabila mengunakan pengulir yang kecil kerana ia mudah patah.


3.14. SEBAB-SEBAB PENGULIR DALAM PATAH

i. Tidak mengikut aturan mengunakan pengulir, mestilah menggunakan pengulir tirus terlebih dahulu.
ii. Memaksa pengulir itu masuk dengan memusingkannya secara berterusan, sepatutnya mestilah dipusingkan balik supaya tatal dapat di patahkah.
iii. Menggunakan daya tekanan yang kuat semasa memusingkan pengulir.
iv. Tidak mengunakan lelehan pemotong.
v. Tidak mengeluarkan tatal didalam lubang semasa mengulir lubang sekat.


3.15. SAIZ GERUDI PENGULIR DALAM

i. Saiz gerudi pengulir dalam ialah saiz gerudi yang digunakan untuk membolehkan sebahagian daripada bahan didalam lubang tinggal agar dapat di potong oleh pengulir. Saiz gerudi tersebut mestilah lebih kurang sama dengan garispusat kecil

ii. benang . Garispusat kecil boleh didapati dengan menolakan 2 kali dalam benang dari garispusat besar benang contoh 1.



Saiz gerudi (SG) untuk benang M 20 x 2.5mm
SG = 20-2(0.5413 x 2.5)
= 20-2.71
= 17.29 mm.

Oleh itu , saiz mata gerudi yang dipilih mestilah yang paling amper besar dengan 17.29mm. Dari segi teori nya, saiz gerudi mestilah sama dengan saiz garispusat kecil benang tersebut tetapi dari segi pratikal nya, pengulir di samping memotong ia juga mengesel puncak benang . Sekira nya saiz lubang gerudi tidak dibesarkan sedikit, maka ini boleh menyebabkan pengulir itu tersepit atau patah. Oleh yang demikian rumusan untuk saiz gerudi pengulir dalam yang mudah di ingati dan yang akan memberikan 92% saiz benang penuh ialah:
SG = Garispusat besar –jarak benang.
Maka itu, saiz gerudi untuk benang M20 x 2.5
SG = 20 – 2.5
= 17.5 mm.


3.16. TERMINOLOGI ULIR SKRU


3.16.1. Garispusat besar: ialah garispusat yang paling besar bagi skru atau nat.Garispusat ini juga di kenali sebagai garispusat luar atau namaan.

3.16.2. Garispusat kecil : ialah garispusat yang paling kecil pada ulir luar atau dalam.


3.16.3. Garis pusat Pic Ulir : ialah garispusat selinder bayangan(tidak dapat dilihat) yang melalui benang pada satu titik dimana lebar benang adalah sama.


3.16.4. Jarak ulir : ialah jarak dari satu titik pada ulir kesatu titik yang sama diulir yang berikutnya, diukur selari dengan paksi.

3.16.5. Maju ulir : jarak benang sekeru itu maju kehadapan pada paksinya dalam satu pusingan. Pada benang satu punca majunya adalah sama dengan jaraknya benang. Pada benang dua punca majunya adalah dua kali jarak benang. Pada benang tiga punca, majunya adalah tiga kali jarak benang.



3.16.6. Dasar ulir : ialah permukaan bawah hasil sambungan dua sisi benang bersebelahan



3.16.7. Puncak ulir : ialah permukaan atas hasil sambungan dua sisi benang bersebelahan.


3.16.8. Rusuk ialah permukaan benang tempat sambungan puncak.



3.16.9. Sudut benang: ialah sudut yang terkandung diantara rusuk
benang diukur pada paksinya



3.16.10. Dalam benang : ialah jarak antara puncak dan dasar diukur seranjang dengan paksi



3.16.11. Sudut heliks : ialah sudut yang diterbitkan oleh benang dengan satu satah yang bersudut tegak dengan paksi benang

KIMPAL ARKA

Memahami konsep kimpalan arka serta kegunaannya dalam bidang perindustrian.

Di akhir unit ini anda dapat:


Mendefinasikan kimpalan arka dan menerangkan perkara-
perkara yang berkaitan dengannya iaitu:

- Fungsi alat pengubah
- Komponen-komponen asas mesin kimpalan arka
- Jenis-jenis mesin kimpalan arka dan menerangkan prinsip kerja, kelebihan dan
kelemahannya.
- Jenis-jenis kekutuban arus
- Teknik-teknik kimpalan arka
- Jenis-jenis elektrod kimpalan arka



9.0 KIMPALAN ARKA


9.1 Mesin Kimpalan Arka


Mesin kimpalan arka adalah merupakan sebuah alatubah perendah iaitu ia mngubah dari voltan tinggi kepada voltan rendah tetapi menghasilkan arus yang tinggi untuk menerbitkan arka bagi kegunaan mengimpal. Dilengkapi dengan kabel pemegang elektrod dan juga kabel bumi ke meja kerja.


9.2 Fungsi Alat Pengubah


Alat pengubah adalah komponen yang terdapat pada sebuah mesin kimpalan arka yang berfungsi untuk mengurangkan voltan dan meninggikan arus bagi menerbitkan arka untuk tujuan kerja mengimpal. Alat ubah ini dikenali sebagai alatubah perendah.


9.3 Komponen-komponen asas dalam sesebuah mesin kimpalan arka adalah
terdiri daripada:

- Alatubah
- Kebel bumi
- Kebel elektrod
- Pemegang Elektrod
- Bekalan kuasa



9.4 Jenis-jenis mesin kimpalan arka

Terdapat lima jenis mesin kimpalan arka. Iaitu:

- Jenis ‘rectifier (DC)
- Jenis alatubah (AC)
- Jenis kombinasi AC/DC
- Jenis pacuan enjin. (petrol atau disel)
- Jenis pacuan motor elektrik.(janakuasa)


9.4.1 Jenis ‘rectifier’(DC)

Mesin kimpalan arka jenis ‘rectifier’ (penerus) digunakan kerana ianya mempunyai dua pilihan aliran arus, iaitu arus terus kekutuban berbalik dan arus terus kekutuban lurus.

Punca positif disambungkan kepada elektrod maka ianya adalah kekutuban berbalik. Punca negatif disambungkan kepada elektrod maka ia adalah kekutuban lurus. Semua jenis kerja mengimpal bagi kebanyakan logam adalah amat sesuai dengan mesin jenis ini. Bagi kerja-kerja pembinaan dan penyelengaraan mesin jenis ini adalah pilihan yang tepat.

Kelemahan:
- Menghasilkan ‘semburan arka’ (arc blow)
- Arka tidak begitu stabil berbanding jenis janakuasa
- Tiada pilihan untuk ciri-ciri arka.


9.4.2 Jenis arus ulangalik.

Mesin kimpalan arus ulangalik (AC) digunakan adalah kerana ianya menghasilkan arka yang lebih stabil dan tiada berlaku ‘semburan arka’ (arc blow) dengan penembusan yang sederhana dan senyap.

Kelemahan:
- Mengimpal ke atas logam tertentu dan penggunaan yang terhad.
- Tidak semua elektrod boleh digunakan.
- Mampu beroperasi pada ampiar yang tinggi.


9.4.3 Jenis gabungan/kombinasi AC/DC.


Mesin jenis ini boleh menggunakan kedua-kedua jenis arus. Ianya perlu apabila mengimpal logam tertentu dengan arus yang tertentu. Mempunyai penggunaan yang meluas. Boleh digunakan ke atas banyak jenis keluli dan kedudukan mengimpal.


Kelemahan:
- Kos yang agak tinggi
- Berlaku ‘semburan arka’ pada sesetengah sambungan.


Contoh 9.1

Apakah alat yang menukarkan arus ulangalik kepada arus terus dalam mesin kimpalan arus terus?

Penyelesaian:

Alat yang digunakan bagi menukar arus ulangalik kepada arus terus ialah ‘rectifier’ atau alat penerus.



9.4.4 Jenis Pacuan enjin petrol /disel ( Arus Terus atau Arus Ulangalik).


Mesin ini boleh digunakan dikawasan yang tiada bekalan elektrik. Boleh membekalkan sama ada arus ulangalik atau arus terus.

Kelemahan:
- Modal yang besar dan penyelenggaraan yang tinggi
- Bising
- Modal tinggi
- Kos penyelenggaraan tinggi
- Semburan arka (arc blow)
- Memerlukan bahanapi.



9.4.5 Jenis Pacuan motor.


Mesin kimpal arka jenis ini menghasilkan arus terus. Menghasilkan dua pilihan arus terus. Iaitu kekutuban terus dan kekutuban berbalik.

Kelemahan:
- Terdapat ‘arc blow’ .
- Penyelenggraan yang tinggi. Ianya menggunakan beberus karbon
dan perlu ditukar pada tempoh tertent



9.5 Kekutuban Mesin Kimpalan Arka


9.5.1 Terdapat dua jenis kekutuban mesin kimpalan arka . Iaitu:


- Arus Terus Kekutuban Berbalik ( kebel elektrod dipasang pada punca positif)
- Arus Terus Kekutuban Lurus ( kebel lektrod dipasang pada punca negatif)


9.5.2 Ciri-ciri Kekutuban:


Ciri-ciri kekutuban arus terus kekutuban berbalik ialah:

- Kadar kecairan elekrod yang lebih cepat.
- Ketelusan yang cetek
- Kelajuan kimpal yang lebih pantas diperlukan.

Ciri-ciri kekutuban arus terus kekutuban lurus ialah:

- Kadar kecairan letrod yang lambat
- Ketelusan yang dalam
- Kelajuan yang sederhana.



9.6 Kaedah Mengimpal Menggunakan Elektrod Bersalut


Terdapat dua teknik mengimpal dengan kimpalan arka gas pelindung. Iaitu:

Teknik Seret.

Menggunakan teknik ini boleh dilakukan dengan elektrod jenis ‘hujung cawan’(deep cup) dimana hujung logam tidak bersentuh dengan bendakerja kerana hujung bahan lakur membentuk seperti cawan. Oleh itu jarak sentiasa kekal pada ketinggian yang sama dan mengahsilkan kumai yang cantik dan kemas.

Teknik Angkat

Menggunakan teknik ini letrod diangkat pada jarak lebih kurang 1/8 inci dari permukaan bendakerja ketika arka dihidupkan sehingga selesai mengimpal. Teknik ini hendaklah digunakan apa mengimpal dengan elektrod biasa yang bukan jenis ‘deep cup’.



9.6.1 Bahagian–Bahagian Kimpalan Arka.


Contoh 9.3

Bilakah teknik seret digunakan dan apakah kelebihan menggunakan teknik ini?

Penyelesaian:

- Teknik seret boleh digunakan apabila mengimpal dengan menggunakan elektrod jenis ‘ hujung dalam’ (deep cup). Kelebihannya jarak arka dapat diseragamkan dan juga rupa kumai akan lebih seragam dan kemas. Amat baik untuk mengimpal kembi kerana mudah dikendalikan dan kumai kelihatan lebih halus dan cantik.




9.6.2 Kesan jarak arka, sudut arka dan kelajuan arka ke atas hasil kimpalan.


Jarak Arka


Jarak arka adalah jarak diantara hujung teras logam elektrod dengan permukaan bendakerja. Dimana arka yang diterbitkan akan dapat dikekalkan pada jarak ini. Jarak arka yang terlalu tinggi akan menyebabkan kumai tidak cantik dan juga ketelusan yang kurang. Jarak arka ialah antara 5.0mm hingga 6.0mm.


Sudut Arka

Sudut yang terbentuk diantara kecondongan elektrod dengan permukaan bendakerja pada arah gerakan elektrod. Sudut arka yang tidak betul akan menyebabkan riak kumai jadi memanjang atau bujur dan menjadikan rupa kumai tidak cantik.


Kelajuan Arka

Kelajuan arka adalah laju gerakan elektrod bergerak ke arah hujung penamat kimpalan. Kelajuan ini biasanya bergantung kepada kadar kecairan elektrod.
Mengimpal terlalu laju akan menjadikan kumai terlalu halus dan tinggi serta kurang ketelusan.

Ketika memulakan arka pada tempat permulaan mengimpal pastikan tempat itu bebas daripada cat dan bahan-bahan yang boleh menghalang pengaliran arus elektrik. Kaedah letak angkat dilakukan seolah-olah mengetuk sesuatu secara perlahan dan apabila arka dapat diterbitkan jarak arka itu perlu dikekalkan pada jarak 5.0mm hingga 6.0mm.

Manakala kaedah menggores pula, elektrod di carek-carek ke atas tempat permulaan kimpal seperti mana anda menggores mancis api. Apabila terbit arka hendaklah jaraknya dikekalkan seperti mana yang telah diterangkan di atas.

9.5 Semburan arka adalah satu keadaan dimana arka yang terbit diantara hujung elektrod dan bendakerja tersasar dari laluan yang sepatutnya. Biasanya bunyi yang terhasil dari semburan ini agak kuat dari biasa dan saiz arka juga
kelihatan agak besar sedikit. Keadan ini berlaku mungkin disebabkan
kedudukan klip bumi yang kurang tepat. Lihat gambarajah di bawah.


9.6 Pemilihan sesebuah mesin kimpalan yang hendak digunakan adalah
bergantung kepada perkara-perkara berikut.

- Kedudukan kimpalan
- Jenis logam yang hendak dikimpal
- Jenis rekabentuk sambungan
- Ketebalan logam



9.7 Elektrod.


Elektrod adalah berfungsi sebagai logam penambah dalam kimpalan arka yang
mana ianya disalut dengan bahan lakur yang mana campurannya terdiri
daripada beberapa jenis bahan tertentu dan mempunyai berbagai fungsi ketika
kerja kimpalan dilakukan.


9.8 Penghasilan Elektrod

Elektrod kimpalan arka pelindung (SMAW) adalah sejenis elektrod bersalut lakur yang habis guna (consumable) yang terdiri dari berbagai jenis bergantung pada jenis logam teras dan juga kandungan salutan elektrod berkenaan.

Proses salutan bahan lakur dibuat dalam dua cara iaitu cara penyemperitan (extrusion) dan cara mencelup (dipping). Panjang sebatang elektrod adalah diantara 230mm hingga 460mm. Saiz elektrod disebut dengan nombor 12,10, 8 dan 4. Elektrod no.12 adalah berdiameter paling kecil diantara yang disebutkan di atas.


9.9 Kandungan Pancalogam Teras Elektrod


Kandungan logam teras elektrod adalah terdiri dari pancalogam yang bergantung kepada ilic-ciri penggunaan elektrod berkenaan. Jenis pancalogam bagi teras elektrod adalah mangan, ilicon, sulphur, fosforus dan karban


9.10 Jenis Salutan Elektrod


Bahan campuran salutan elektrod terdiri dari beberapa bahan yang bergantung kepada irri-ciri penggunaan elektrod. Diantara bahan-bahan campuran yang terdapat pada salutan elektrod ialah serbok besi, oksida-titania, sodium silikat, potassium, asbestos, ferro-manganese. Salutan elektrod terbahagi kepada tiga iaitu:

-Salutan nipis (tidak bersalut)
-salutan sederhana
-salutan tebal


9.11 Fungsi Salutan Elektrod


Fungsi salutan pada elektrod adalah:

- Menghasilkan gas pelindung.
- Menghasilkan jeremang penutup kumai
- Menstabilkan arka
- Mengandungi campuran untuk ciri-ciri khas penggunaannya.



Berikut adalah jadual bagi jenis salutan dan arus yang disyorkan.


Digit Jenis salutan Arus

0 Sodium selulos KB
1 Potassium selulos AU atau ATKB dan ATKL
2 Sodium titania AU atau ATKL
3 Potassium titania AU atau ATKB
4 Serbuk besi titania AU atau ATKB dan ATKL
5 Hiderojen rendah sodium ATKB
6 Hiderojen rendah potassium AU atau ATKB
7 Serbuk besi oksida besi AU atau ATKB dan ATKL
8 Hiderojen rendah serbuk besi AU atau ATKB

Salutan elektrod juga boleh dikategorikan kepada jenis:

- Rutile
- Selulos
- Serbuk besi


9.12 Pengkelasan Elektrod.


Elektrod dikelaskan mengikut system yang ditentukan oleh system piawaian yang diterima pakai di sesebuah negara. Di Malaysia piawaian yang biasa digunakan AWS ( American Welding Society ) atau ASTM (American Standard for Testing Materials). Sebagai contoh terdapat tiga spesifikasi bagi elektrod Keluli Lembut. Iaitu:

- AWS A5.1 – 55 T
- ASTM A233 – 55 T
- CSA W48.1 – 1952 (kanada)

Elektrod boleh dikodkan mengikut system penomboran seperti E6013, E6011, E6010, E7018 dan sebagainya. Setiap huruf dan nombor mempunyai pengertian tertentu. Sebagai contoh E6013:

E – elektrod
60 – kekuatan tensil/tegangan 60,000lb.
9 – kedudukan mengimpal
3 – jenis arus

Elektrod juga boleh dikelaskan mengikut :

- Cepat penuh ( E6024, E6027)
- Kelajuan tinggi (E6012, E6013)
- Cepat beku (E6010, E6011)

Terdapat juga elektrod yang menggunakan kod warna oleh pengeluarnya. Dimana Kod warna yang digunakan menerangkan tentang kekuatan tensil, kedudukan mengimpal dan juga pilihan arus.

Contoh: E 7024


Elektrod dikategorikan kepada tujuh kumpulan, iaitu:

- Keluli lembut
- Keluli ‘low alloy’
- Keluli tahan karat
- Pengerasan permukaan
- Nikel dan pancalogam nikel
- Aluminium dan pancalogam aluminium
- Kuprum dan pancalogam kuprum


9.13 Fungsi Jeremang.


Jeremang adalah satu selaput yang terdapat pada permukaan kumai hasil dari peleburan salutan elektrod. Jeremang ini mempunyai fungsi tertentu.Diantaranya ialah:

- Melindungi kumai daripada udara luar disepanjang penyejukan berlaku.
- Mengapungkan kotoran ke permukaan dari kawah lebur.
- Mengawal bentuk kumai supaya seragam.
- Melambatkan kadar penyejukan bagi membaiki sifat logam
- Memberikan perlindungan secara mekanikal kepada pemindahan logam dari elektrod ke logam induk.

KEDUDUKAN MENGIMPAL


KEDUDUKAN MENGIMPAL
1.Kedudukan Rata 2.Kedudukan Mengufuk 3.Kedudukan Menegak 4.Kedudukan Overhead

UNDER WATER WELDING

Underwater-welding, welding under water, enclosure welding, hyperbaric enclosure welding, wet Underwater-welding, high pressure water jet welding, other welding processes: friction welding, resistance welding, arc welding, tig welding, mig welding, oxyacetylene welding, electron beam welding, laser beam welding, welding techniques, welding information, welding links, welding tips, welding instructions, improving welding results, welding safety issues, joining questions needing answers: these are some of the items developed in this Site for the benefit of interested readers.
What is in here for me?
Underwater welding, one of the best examples of adapting a well known process to the harsh and dangerous environment of the sea, demonstrates what necessity, ingenuity and continuing efforts could accomplish, mostly to save huge investments in offshore structures that were damaged and needed repair.
What is there, deep under water? Does it pay?
The advantages are of economical nature, because Underwater Welding for marine maintenance and repair jobs bypasses the need to pull the structure out of the sea and saves much valuable time. If one thinks of Underwater-welding the hull of a ship or of a partially submerged oil drilling tower, one understands that the alternative may be extremely expensive, if at all possible.
The limitations of Underwater-welding concern the inevitable bulky and expensive setup to provide the welder with all the support needed, for respiration, for protection from cold, for special welding equipment, for remote surveillance camera, for special non destructive testing.

PENGENALAN KEPADA KIMPALAN

Kimpalan ialah satu proses penyambungan logam. Penyambungan logam bermaksud dua logam disambung antara satu sama lain. Penyambungan boleh berlaku dengan melebur atau tidak melebur kedua-dua logam yang hendak disambung. Proses kimpalan dengan meleburkan logam dikenali sebagai kimpalan lebur, sementara kimpalan dengan tidak meleburkan logam dikenali sebagai kimpalan tidak lebur. Kimpalan Arka adalah jenis kimpalan lebur

UJIAN SAMBUNGAN ARKA

Sambungan arka yang baik
bukan dinilai dari
rupa kumainya yang halus
dan seragam semata-mata.
Rupa yang cantik di
bahagian luar sambungan
tidak bererti
jika di bahagian dalam sambungan
ada kecacatan sambungan.
Kecacatan arka yang biasa terjadi
ialah lubang udara.
Lubang ini sangat halus,
hanya boleh dilihat melalui pengimbasan.
Adalah sangat penting mengetahui ujian kimpal.
Jika dibiarkan sambungan arka akan retak dan pecah.
Sebab-sebab berlakunya lubang-lubang udara
ialah kerana ada kesan minyak pada sambungan.
Adalah sangat penting membersihkan bahagian
sambungan dari kesan oksida.

BAHAYA KIMPAL ARKA


Kerja kimpalan seharusnya dilakukan di tempat yang sesuai(Welding Bay) dan bukan di tempat yang terbuka. Welding bay dilengkapi dengan dinding dan tirai yang berfungsi sebagai pelindung dari pandangan orang lain. Welding bay yang lengkap akan mempunyai kipas ekzos dan pencahayaan yang cukup. Kipas ekzos berfungsi
melepaskan gas/asap yang terperangkap dengan lebih cepat.
Diantara bahaya kerja kimpalan arka ialah:

1. Pancaran arka/Ultra voilet boleh membahayakan kulit dan mata.
2. Percikan arka dari logam lebur boleh terkena anggota badan.
3. Asap arka boleh membahayakan paru-paru.
4. Kejutan elektrik.

Semua kemalangan di atas boleh dielakkan jika pengimpal memakai

pakaian yang sesuai seperti pelindung mata, muka, kasut dan jaket khas.
Mengimpal di bilik yang tidak ada pengudaraan yang cukup tidak digalakkan.

Pengimpal hendaklah memastikan semua kabel dan penyambungan
terutamanya pemegang elektrod ada penebat yang baik.

PRINSIP KIMPAL ARKA

PRINSIP KIMPALAN ARKA
Pencaran arka akan terjadi apabila arus elektrik yang dialirkan
melalui elektrod menyentuh atau digoreskan pada permukaan logam. Arka akan terus terjadi apabila pergerakan elektrod dikawal dengan pergerakan malar.
Keadaan ini akan meng­hasilkan haba yang tinggi sehingga boleh mencairkan hujung elektrod dan permukaan logam. Peleburan hujung elektrod dan logam akan membentuk kawah lebur (molten pool).
Peleburan dua logam akan membentuk kumai(bead).

Elektrod adalah bahan yang membentuk kumai, kerana itu elektrod dikenali
sebagai bahan penambah. Pemilihan elektrod mestilah betul untuk
mendapat hasil kerja yang baik. Bahan asas dalam elektrod mestilah
sama dengan bahan logam yang hendak dikimpal.
Contohnya elektrod keluli lembut hanya sesuai diguna untuk mengimpal
logam-logam yang berasaskan keluli lembut sahaja.Terdapat banyak jenis
elektrod dipasaran untuk memenuhi kehendak pengguna.
Elektrod adalah sebatang dawai yang disalut dengan lapisan khas.
Lapisan elektrod akan membentuk asap untuk melindungi
kawah cair(molten pool) dari udara luar yang boleh menyebabkan
kecacatan kimpalan.Salutan elektrod juga akan membentuk jeremang(slag)

MESIN KIMPAL ARKA


Mesin kimpalan adalah keperluan penting untuk kerja
kimpalan. Mesin kimpalan perlukan voltan di antara 20-100 volt
manakala arus yang sesuai ialah di antara 100-1000 ampere. Mesin kimpalan dibekalkan kuasa elektrik fasa tiga.
Terdapat juga jenis mudah alih yang dibekalkan dengan kuasa elektrik satu fasa.Terdapat dua jenis mesin kimpalan arka.
a) Mesin yang memberi arus terus.
b) Mesin yang memberi arus ulang alik.

Mesin Kimpalan Arus Terus

Mesin arus terus dibekalkan dari set penjana dan alat kimpalan penerus.

Kebaikan

1. Sesuai untuk semua jenis elektrod.
2. Menghasilkan kimpalan yang lebih halus.

3. Boleh mengimpal logam yang nipis.
4. Lebih selamat berbanding jenis lain.

Mesin Kimpalan Arus Ulangalik

Bekalan arus ulangalik diperolehi daripada
sebuah pengubah.Bekalan elektrik
dari punca kuasa yang membekalkan 230-250 volt diturunkan kepada kurang daripada 100 volt. Alat pengubah diguna untuk menurunkan kuasa elektrik.Mesin kimpalan boleh mengaturkan kuasa yang diguna untuk kerja kimpalan. Pengguna hanya perlu memilih kekuatan arus yang sesuai dengan elektrod dan jenis kerja yang hendaj dilakukan. Mesin ini lebih mudah diguna dan sangat cekap.

Kebaikan:

1. Harganya lebih murah.
2. Penyelenggaraan sangat mudah.
3. Boleh diguna di mana saja.

4. Ketika mengimpal tidak tiupan arka

KESELAMATAN DAN PERALATAN ASAS KIMPALAN




Berikut ialah beberapa kelengkapan asas mengimpal arka:

· Berus dawai.
· Penggarit.
· Kapur kejuruteraan.
· Chipping hammer.
· Elektrod.

. Pemegang elektrod.
. Kabel elektrik.
. Pelindung muka.
Pelindung Muka
Pelindung muka diguna untuk melindungi mata
dan muka pengimpal dari terkena percikkan arka.
Ia juga melindungi pengimpal dari pancaran
ultra voilet yang boleh membahayakan mata.

Pemegang Elektrod
Pemegang elektrod berfungsi memegang elektrod
ketika kerja kimpalan sedang dilakukan.
Awas dengan pemegang elektrod yang sudah
longgar atau rosak. Ia mesti diganti untuk mengelak
dari terkena kejutan elektrik.

Chipping Hammer
Chipping hammer diguna untuk membuang sangga/jeremang.
Awas dengan sangga panas.

Elektrod
Elektrod adalah satu dawai atau batang rod yang diguna
sebagai terminal atau pengalir kimpalan arka. Ia berfungsi
sebagai dawai pengisi atau rod pengisi

Saturday, March 5, 2011

hati ku risau..

huh...risaunye aku..dari pukul 5 tdi member aku pinjam moto aku...sekarang kul 9malam...tpi xbalik2 lagi....aduh..2 jew la harta yang aku ade...risau bangat...berdebor2 jew rase...dh la moto henis ex5 tu mudah hilang...rase nl nangis pn ade.....lau la jdi ape2 ngan mto aku tu...kompom aku nangis...huhuhu...

Thursday, March 3, 2011

lepak kat rumah kemamang..!!hahaha

hahaha k0rang mesti pelik benda ape KEMAMANG 2 kn??2 nama member aku..dlam c0z yg aku blajar skrang..dia s0rang jew budak kemaman..jdi nk ringkas citer kite org trus panggil kemamang..hahahaha..rehat tengah hari nie aku lepak umah kemamang..share2 duit beli beras..tel0r..ikan bilis n masak makan ramai2..perghh wat sambal bilis..dah la masin..pedas plak 2..hahahaha biase r org bujang masak..lepak kt umah kemamang nie bahaya t0l..ada plak mamat s0rang 2 wat balik p0mpuan..dh la org semayang jumaat..selamber wat blik p0mpuan n duk peram lam bilik brduaan..ape nk jdi la..skrang da nk gerak msuk klass..tata..

pagi jumaat yg rileks..!

wah..wah..rileks jew aku dh nk dekat kul 10.00am dh tpi aku tak masuk klass lagi..tadi gi pejabat p0s hidupkan lesen yg dah k0j0l...huhuhu..skrang lepak kedai abg rock kt batu5 jalan gambang..pekena mie g0reng tel0r mata + limau ais..fuh kenyang !!aku lepak kdai kes xnk masuk GIAT lg sbb ada kuliah agama..lau masuk kang lain plak jadinya sbb aku dh lewat stengah jam..tunggu abis kuliah 2 bru aku masuk..hehehe rileks jew aku rase hari nie..mslah aku yang paling besar dh selesai...huhuhu..lega rasenya..waahhh !!

Teruk dh aku nie..

adoiyai..teruk dh aku nie..hari nie xsampai malam pn lg dh 40batang r0k0k aku isap..dh 3k0tak r0k0k aku beli...nk hilangkan tensyen punye pasal...dada pn dh rase lain mcm..mak aku pn dh mula tegur 'nape ngan ko nie wan?' hemm tah la...dari pagi smpai petang aku duk termenung jep..klas pn xpegi hari nie......teori pn dh tertinggal dh..habis la resault aku...dada aku dh rase trsumbat la..susah nk nafas.....haduh..

Wednesday, March 2, 2011

Bukak kamus hidup yang baru !!

sekarang masa untuk aku mulakan kamus hidup yang baru..xperlukan teman untuk k0ngsi cerita..xperlukan org tempat untk bermanja..xperlukan org untuk bergurau senda..berubah jdi wan yang dulu..lagi semp0i...hidup ngan m0t0..petang2 teng0k 0rg lumber m0t0 kt simpang luar..malam2 lepak2 isap r0k0k ngan kwn2..ushar awek keliling kampung..aishh hehehe..malam minggu lepak kt apih halim kt depan asplanade cari cika2 nk wat ngep0ng..hahahahahahaha..lau ade rezki lebih jumpe yg ada ADVANCE lepas bwak ngep0ng..hahahahahahaha...lama dh xlepak malam minggu kt depan asplanade..minggu nie kena pegi nih..mane tau ade rezki..hahahahahahahaha...belum cuba belum tau..

pale otak aku dh jem !!

tepat kul 11.57am tadi..aku dapat 1panggilan telif0n..LAKONAN SEMULA=kring !kring! (bunyi handfon aku daa)lalu aku tekan butang ijau..aku jwb..'hello..assalamualaikum..' lalu die pn jwb..'wa'alaikumsalam..nie cik ridzwan kew?' aku plak jwb ngan nada suara yg pelik...'ye sy..sy ridzwan..sape nie ??'pas 2 die balas..'cik ridzwan..sy dari pihak EON bank..hehehe..'die boleh gelak jew untuk bgi isyarat suh bayar hutang..lepas die gelak jew aku trus sambung..'bereh b0h..Kawe baya la dalam 2,3hari lg..Sabar deh'..Selamber jew aku jwb..Hahahaha pas pada 2 terus pale aku bedenyut2 mcm ada jantung lam otak..Hahahaha..Pas 2 ade pulak s0rang MINAH PENIPU nie cri POINT nk gaduh...ngan selamber aku jwb..MU BOLEH BLA..!!PEGI MATI..!!hah !!time mood aku kusut giler otak nie die plak tambahkn lg kusut otak aku..ambik kau rase kn..!!!ape nk jadi..jadi lah..time aku ngah kusut mcm2 perkara aku boleh buat..bunuh org pn aku dh xpikir 2kali..bile dh kusut yg aku tau nk marah jew...tpi bile time m0od aku ok..org tamp0r aku pn aku segan nk balas..2 la sikap aku..ape2 hal pn pasal MINAH PENIPU 2..im s0ry la..pandai2 la bawak diri k??ngan kawan2 kau pn aku maki hamun tdi...bodo t0l jadi BATU API..xpe la..aku rase dh xde harapan lg aku nk kenal kau lg MINAH PENIPU..pandai2 la kau bwak diri...aku dh xnk pikir pasal kau dh..gud luck..hari nie hari yg penuh ngan nasib malang..habis aku mrh org..sampai kn kwn2 aku kt klass pn aku mrh..ye la..pale otak mikir nk byar utang ngan bank..adoi..dh nasib aku mcm nie..trima jew la..tuhan dh tentukan jalan..cume aku jew perlu susuri jalan 2..