Tuesday, March 8, 2011
MESIN KIMPAL ARKA
Mesin kimpalan adalah keperluan penting untuk kerja kimpalan. Mesin kimpalan perlukan voltan di antara 20-100 volt
manakala arus yang sesuai ialah di antara 100-1000 ampere. Mesin kimpalan dibekalkan kuasa elektrik fasa tiga.
Terdapat juga jenis mudah alih yang dibekalkan dengan kuasa elektrik satu fasa.Terdapat dua jenis mesin kimpalan arka.
a) Mesin yang memberi arus terus.
b) Mesin yang memberi arus ulang alik.
Mesin Kimpalan Arus Terus
Mesin arus terus dibekalkan dari set penjana dan alat kimpalan penerus.
Kebaikan
1. Sesuai untuk semua jenis elektrod.
2. Menghasilkan kimpalan yang lebih halus.
3. Boleh mengimpal logam yang nipis.
4. Lebih selamat berbanding jenis lain.
Mesin Kimpalan Arus Ulangalik
Bekalan arus ulangalik diperolehi daripada sebuah pengubah.Bekalan elektrik
dari punca kuasa yang membekalkan 230-250 volt diturunkan kepada kurang daripada 100 volt. Alat pengubah diguna untuk menurunkan kuasa elektrik.Mesin kimpalan boleh mengaturkan kuasa yang diguna untuk kerja kimpalan. Pengguna hanya perlu memilih kekuatan arus yang sesuai dengan elektrod dan jenis kerja yang hendaj dilakukan. Mesin ini lebih mudah diguna dan sangat cekap.
Kebaikan:
1. Harganya lebih murah.
2. Penyelenggaraan sangat mudah.
3. Boleh diguna di mana saja.
4. Ketika mengimpal tidak tiupan arka
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment