Elektrod adalah merupakan salah satu
elemen penting di dalam sesuatu proses
kimpalan. Ianya dawai logam yang
mempunyai kandungan yang sama dengan
kandungan logam yang hendak dikimpal.
Elektrod terbahagi kepada dua jenis yang
utama iaitu jenis yang bersalut dan tidak
bersalut. Elektrod telah digunakan sejak
beberapa lama dahulu (1800) dan telah
melalui banyak proses pembangunan dan
pembaikan sehinggalah seperti yang kita
dapati pada hari ini. Elektrod digunakan
sebagai pengalir elektrik kepada arka dan
membekalkan logam yang sesuai untuk
penyambungan. Salutan yang terdapat pada
elektrod jenis bersalut adalah secara
umumnya untuk memperbaiki keadaan atau
sifat-sifat fizikal, mekanikal dan kimia
sesuatu sambungan. Secara khususnya,
fungsi sesuatu salutan pada elektrod
antaranya adalah seperti berikut ;
1) Memberikan medan pelindung semasa
kimpalan.
2) Menyebabkan berlakunya kumai yang
mempunyai ciri-ciri yang sesuai untuk
melindungi logam yang lebur.
3) Menstabilkan arka.
4) Menambahkan elemen aloi logam pada
logam kimpalan.
5) Mengurangkan percikan logam kimpalan.
6) Meningkatkan kecekapan dan peleburan
logam.
7) Mengeluarkan oksida dan kotoran.
8) Mempengaruhi kedalaman penembusan
arka.
9) Mempengaruhi bentuk kimpalan yang
terjadi.
10)Melambatkan kadar penyejukan kimpalan di
mana ini akan mengelakkan berlaku
kerosakan pada sifat-sifat mekanikal seperti
berlaku retak atau bersifat rapuh.
Pemilihan terhadap sesuatu elektrod
mestilah berdasarkan kepada keupayaannya
menghasilkan sambungan yang optima
pada harga yang paling ekonomik.
Beberapa aspek penting seperti berikut
hendaklah diambil kira iaitu ;
komposisi logam
sifat-sifat mekanikal yang diperlukan
arus terus atau arus ulang alik
kedudukan kimpalan
tebal logam ibu
jenis sambungan
haba masukan
0 comments:
Post a Comment