CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, May 3, 2011

JANGAN TANGISI LAGI JIKA CINTA ITU TIDAK BERMAYA LAGI......

Cinta kadang tidak bersama jodoh, namun selalunya jodoh
pasti ketemu cinta ...
Jatuh cinta pada seseorang kadang membuatkan kita rasa satu
semangat yang kuat di dalam diri.. Jatuh cinta jua memberikan kita
satu kekuatan untuk terus melangkah dan demi langkah kita
mampu menghidupkan suasana kehidupan kita.. Jatuh cinta hanya
mengambil masa yang sekejap saja.. Kadang sekelip mata, kita
sedari kita telah jantuh cinta.. Namun masih kita belum ketahui
adakah cinta yang hadir itu sebenarnya cinta atau cuma mainan
perasaan yang selalu kita terpedaya..
Untuk jatuh cinta pada seseorang, kadang tidak memerlukan
sebab yang logik.. Kadang rasa itu hadir kerana mungkin hati kita
terpaut dengan kecantikan wajahnya.. Memmbuatkan lena tidak
kunjung tiba.. Merimaskan diri merindui di kala malam..
Melemaskan perasaan bila cemburu menguasai diri.. Itulah cinta..
Berat perasaannya...
Selalu kita jatuh cinta tapi kadang hanya kita sahaja yang
merasakan.. Jatuh cinta pada orang yang tidak mempunyai
perasaan cinta pada kita adalah perkara biasa.. Hanya di sebelah
pihak saja yang merasakan cinta.. Sungguh perit dan pedih bila
cinta hanya bertepuk sebelah tangan.. Tapi adakah itu sebenarnya
perasaan cinta? Atau mungkin sayang atau suka.. Atau juga
minat? Paling di takuti adakah itu hanya nafsu yang membisikkan
rasa?
Dan ada kalanya.. Cinta yang hadir hanya tidak sebelah pihak..
Jatuh cinta dan cinta berbalas.. Terasa dunia kita yang punya..
Terasa malam kian larut tanpa rasa sedar.. Berbunga mekar
menghiasi alammu..
Dan amat pedih dan perit, terasa ngilunya hati ini bila sesama ada
perasaan cinta.. Tapi cinta itu terhalang dan terpaksa diputuskan
atau dilupakan.. Ini mungkin kerana pelbagal halangan.. Adakah
mungkin kerana berlainan agama atau bangsa? Adakah kerana
perbezaan umur atau pangkat.. Dan adakah mungkin masing
masing jatuh cinta tapi cinta terlarang di antara suami orang dan
isteri orang?
Hati kadang terasa semakin jauh dalam mengenal erti ketenangan..
Hati kadang merasa meronta untuk merasakan begitu indahnya
berteman.. Dan hati selalu saja jauh untuk dipahami.. Kerana hati
ini selalu saja sunyi dan sepi yang panjang berteman suram luka
yang dalam..
Hakikat kita kadang merasakan tiada siapa yang memahami akan
satu rasa di dalam jiwa.. Dan sering kita merasakan tiada siapa
yang peduli akan kita.. Semakin lama semakin jauh kita rasakan
dengan dunia kita ini.. Sering saja kita leka dalam asyik yang
panjang melihat mana letaknya dulu satu ketenangan pernah di
miliki..
Masing masing menpunyai tafsiran mengenai jatuh cinta.. Dan
pengalaman kita tidak sama.. Kadang ada lagi menyesakkan dada
bila memikirkan.. Kadang terasa jauh untuk diharapkan.. Namun
cerita kita sama.. Menginginkan cinta berbalas dan mahukan kekal
selamanya..
Namun kadang kita lupa.. Tujuan kita ada di dunia ini bukanlah
mencari cinta sesama insan.. Tujuan dan matlamat kita bukanlah
cinta yang di cari.. Siapalah kita untuk menidakkan takdirNya bila
cinta tidak lagi bermaya? Siapalah kita untuk terus melawan hakikat
ketentuanNya pabila jodoh itu bukan lagi realiti?
Janganlah kamu tangisi perpisahan dan kegagalan bercinta, kerana
pada hakikatnya jodoh itu bukan ditangan manusia.. Atas kasih
sayang Tuhan kamu dan dia bertemu, dan atas limpahan
kasihNya jua kamu dan dia dipisahkan bersama hikmah yang
tersembunyi.. Pernahkan kamu berfikir kebesaranNya itu?

0 comments:

Post a Comment